Latar belakang Dua qullah

Istilah dan signifikan istilah “dua qullah” ini berasal daripada hadis Rasullulah s.a.w dalam menerangkan kesucian air. Dari Abdullah bin Umar r.a dia berkata : Telah bersabda Rasullulah s.a.w. , apabila air itu ada dua kolah maka tidak akan mengandungi najis . Ibnu Khuzaemah, Al-Hakim dan Ibnu HIbban mensahihkan hadis ini. Di dalam satu lafaz lain dikatakan "Tidak membawa najis".

Tuntutan air melebihi dua kolah hanya diwajibkan dalam mazhab Syafi'i apabila air tersebut telah bercampur dengan sesuatu benda najis sehingga bertukar sifatnya dari 3 sudut, sama ada rasa atau bau atau warna. Apabila satu dari sifat ini telah berubah maka untuk menggunakan air tersebut kuantitinya wajib melebihi 2 kolah. (Mazhab Maliki berpegang bahawa air masih mutlak sekiranya tiga sifat air itu tidak berubah (bau, rasa dan warna) walaupun jumlahnya sedikit.

Qullah dalah satu jenis bekas yang digunakan oleh orang-orang Arab di masa lampau untuk mengisi, membawa dan menyimpan air. Dua abad selepas kewafatan Rasullulah s.a.w., para ulama fikah di Baghdad dan di Mesir sudah tidak lagi menggunakan ukuran qullah. Mereka menggunakan ukuran rithl Baghdad. Tetapi ukuran rithl ini jug tidak menjadi standard kelamaannya, rithl Baghdad dan rithl Mesir tidak lagi sama. Sukatan rithl ni sudah lama ditinggalkan.

Dalam banyak kitab fikah disebutkan bahawa ukuran isi padu dua qullah itu adalah 500 rithl Baghdad. Dua kolah berdasarkan sukatan lama Iraq iaitu 500 rithl. Satu rithl bersamaan dengan 375 ml. (Ulama bercanggah pendapat dengan jumlah rithl dalam dua kolah, ada yang mengatakan 400 rithl dan ada yang menyatakan sampai 1000 rithl. Orang Mesir mengukur 2 qullah dengan ukuran rithl mereka dan jumlahnya hanya 446 3/7 Rithl).